Friday 18 March 2016




PENGAJIAN MALAYSIA
(DUB 1012)

Group Assignment E-Folio:
Terangkan Faktor-Faktor Perkembangan islam di zaman kesultanan melayu Melaka.


Prepared For:
EN. FADHILI BIN MUHAMMAD


Prepared By:

SITI MUHAINI BINTI MUHAMMAD
(02DKA15S1014)


RAZIANA BINTI ABDUL RASHID
(02DKA15S1012)










FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA


Seawal abad ke-15, Islam telah mula bertapak di Melaka. Sultan Megat Iskandar Shah merupakan sultan yang pertama memeluk agama Islam. Baginda juga merupakan putera kepada Parameswara. Sejak pada itu, Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam. Selain itu, Islam dijadikan sebagai agama rasmi pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456). Baginda juga memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat beberapa faktor perkembangan Islam di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Antaranya ialah faktor perkahwinan, faktor perdagangan, faktor penaklukan dan politik, faktor peranan ulama' dan ahli sufi dan lain-lain.

Isi
            Sebelum kedatangan Islam di Melaka, masyarakat Melayu mempercayai kepercayaan seperti animisme dan Hindu-Buddha yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Kehidupan mereka penuh dengan unsur kepercayaan tahyul dan karut seperti roh dan jiwa. Sebaliknya kedatangan Islam telah menukar kepercayaan dan gaya hidup rakyat Melaka. Islam merupakan sebuah agama yang sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat dalam semua zaman. Islam adalah berteraskan aqidah, ibadah, syariah dan akhlak yang memberikan kebahagian di dunia dan di akhirat. Ini menyebabkan agama Islam mudah diterima dan difahami oleh seluruh masyarakat Melaka. Dalam aspek sosial, Islam menegaskan bahawa tiada perbezaan darjat dan orang yang bertaqwa sahaja yang mulia di sisi Allah S.W.T. Islam memberi jaminan dan keadilan sosial kepada umatnya tanpa membezakan antara yang kaya atau miskin. Malahan Islam sentiasa menanamkan sifat-sifat Mahmudah (terpuji) dan mengelakkan sifat-sifat Mazmumah (tercela). Sementara dari aspek ekonomi pula, Islam mengharamkan umatnya menipu dan melakukan riba' sebaliknya Islam mempunyai peraturan tertentu yang berlandaskan hukum Islam seperti mu'amalat, zakat dan sebaginya. Dalam aspek politik, Islam menggalakkan umatnya berlaku adil dan tidak mengambil rasuah ianya akan membawa kepada kehancuran masyarakat dan negara. Keadaan ini menyebabkan Islam mempunyai daya tarikan kuat kepada rakyat Melaka yang sebelum ini dipengaruhi kefahaman Hindu yang kompleks dan rumit terutama sistem kasta yang menyukarkan keadaan dalam mewujudkan perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain.

              Di samping itu, perdagangan merupakan salah satu aspek penting dan berkesan dalam proses mengembangkan dakwah Islamiyyah di Kesultanan Melayu Melaka. Pedagang Arab, Parsi, India dan Melaka telah berdagang sesama mereka sejak beberapa kurun sebelum Masihi hingga ke zaman kedatangan Islam pada abad ke-7 dan ke-8 Masihi. Mereka telah berjaya mengislamkan penduduk tempatan dengan mengadakan hubungan baik dengan para pembesar tempatan dan saudagar-saudagar dari kerajaan lain seperti Perlak, Pasai dan Aceh. Terdapat segelintir daripada pedagang-pedagang tersebut menetap sementara untuk menyebarkan dakwah kepada rakyat Melaka. Seterusnya, Islam mungkin tersebar di Zaman Kesultanan Melayu Melaka sejak awal abad Hijrah lagi menurut T. W. Arnold. Kemungkinan ini berdasarkan laporan pedagang-pedagang Arab yang telah berdagang dengan Melaka dan China. Kedudukan strategik Melaka sebagai sebuah pelabuhan maritim yang bertaraf antarabangsa telah menggalakkan pedagang Arab, Parsi dan India berdagang di Melaka. Sementara menunggu perubahan angin monsun, para pedagang dari Timur dan Barat menjadikan Melaka sebagai pusat persinggahan. Pedagang-pedagang Arab secara tidak langsung menyebarkan dakwah Islamiyyah melalui persinggahan ini. Sebahagian mereka menjadi guru agama dan menjadikan surau dan masjid sebagai tempat pengajian agama. Selain itu, pelabuhan Melaka menjadi tumpuan pedagang dari Gujerat, Palembang, Jawa dan China kerana kemudahan perdagang yang baik dan keselamatan yang terjamin. Ini menjadikan Melaka sebagai tempat pertukaran barang-barang di mana ianya telah menarik perhatian saudagar-saudagar Islam dari Arab dan India untuk berdagang ke Melaka.

             Tambahan pula, kekaburan agama Hindu ialah salah satu sebab penyebaran Islam ke Melaka. Agama Hindu merupakan satu fahaman yang amat kompleks dan sukar difahami walaupun telah tersebar ke Melaka semenjan berabad-abad. Ajaran Hindu juga lebih mentikberatkan soal dongeng dan dewa-dewa yang hanya difahami oleh sami-sami mereka sahaja. Keadaan ini telah menjejaskan kepercayaan penganut-penganut agama tersebut. Sebaliknya agama Islam adalah salah satu agama yang mudah difahami dan dapat diterima oleh semua golongan. Hanya dengan menerima konsep ketuhanan yang esa dan Nabi Muhammad sebagai pesuruhNya, maka keislaman seseorang itu telah diterima. Penganut-penganut agama Islam dijelaskan dengan konsep Tuhan yang menjadikan seluruh alam, mempunyai kekuasaan dan tidak menyerupai apa-apa benda sekalipun. Hal ini dengan mudah menarik orang-orang Melayu menerima Islam. Jika diteliti dengan lebih mendalam, golongan ulama' dan ahli sufi juga memainkan peranan penting dalam perkembangan agama Islam ke Melaka. Sifat mereka yang mudah bergaul dan beramah mesra dengan pelbagai lapisan masyarakat telah menarik minat penduduk tempatan untuk mempelajari Islam. Sehubungan dengan itu, suasana harmoni yang terjalin di dalam perhubungan antara ulama' dengan golongan saudagar yang telah memeluk Islam telah menjadikan mereka berpengaruh besar. Para ulama' berperanan penting dalam pentadbiran kerajaan-kerajaan seperti Perlak, Samudera Pasai, Acheh, Melaka dan sebagainya. Contohnya, dalam kerajaan Acheh, lahir ramai tokoh-tokoh ulama' yang berperanan penting dalam menyebarkan Islam. Antaranya ialah Hamzah Fabsuri, Nuru al-Din al-Raniri, Abdul al-Rauf Singkel dan Syams al-Din al-Sumatra. Mereka telah hasilkan banyak karya-karya berbentuk keagamaan. Kerajaan-kerajaan Islam seperti Perlak, Pasai, Melaka dan Acheh wujud pada abad ke-14, 15 dan 16. Penyebaran Islam menjadi semakin pesat oleh kerana wujudnya kerajaan-kerajaan tersebut. Faktor penentangan kuasa Kristian seperti Portugis telah membawa kepada perkembangan Islam di Melaka dengan lebih pesat lagi.

           
 Perkahwinan
Sehubungan dengan itu, perkahwinan merupakan antara faktor tersebarnya Islam ke Melaka. Ramai saudagar yang datang ke Melaka merupakan golongan kaya raya. Sesetengahnya mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar-pembesar tempatan. Dengan kekayaan yang ada, mereka berjaya mempengaruhi wanita-wanita tempatan untuk dijadikan isteri. Malahan ada saudagar yang dapat berkahwin dengan puteri-puteri dari kalangan anak pembesar terutamanya di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Perhubungan keluarga telah memudahkan para pedagang Islam berdakwah secara terus dengan kaum kerabat mereka sendiri. Perkahwinan ini juga sekurang-kurangnya dapat menarik minat pembesar-pembesar tempatan untuk menerima Islam. Biasanya apabila pembesar-pembesar menerima Islam maka seterusnya akan diikuti gologan bawahan ataupun rakyat secara beramai-ramai. Hasilnya bertambahlah
 Selaras dengan itu, Sultan Melaka juga mempunyai peranan besar dalam perkembangan Islam di Melaka. Baginda telah menyambut baik dan menyediakan tempat tinggal kepada pendakwah di samping mengalakkan penyebaran Islam. Contohnya, dengan mewujudkan institusi agama dan menjadikan istana tempat menjalankan aktiviti Islam. Melaka mempunyai ramai tentera upahan dari Jawa. Mereka memeluk Islam semasa bertugas di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tempat asal mereka. Kemudan, Melaka mempunyai tanah jajahan taklukan yang luas. Oleh itu, kebanyakkan raja negeri taklukan Melaka memeluk Islam sebagai tanda taat setia mereka kepada Melaka dan menjamin keselamatan negeri. Kesusasteraan dan penulisan juga menjadi faktor penting tersebarnya Islam di Melaka. Selepas kedatangan Islam, muncul tulisan jawi yang berasal daripada abjad huruf Arab. Dengan adanya tulisan tersebut maka bahasa Melayu berkembang dengan pesat sekali. Nahu dan perbendaharaan bahasa Melayu dilengkapkan dengan pengaruh unsur-unsur nahu dan kata-kata Arab hingga bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar bagi sistem pelajaran dan pendidikan di Melaka. Berbagai-bagai bentuk sastera Arab seperti syair, sajak, nazam, dan sebagainya telah mempengaruhi bahasa Melayu. Akhirnya, lahir ramai tokoh pengarang Islam dalam kalangan para ulama yang gigih menghasilkan karya sastera yang berunsur Islam. Banyak karya terjemahan tentang kisah-kisah Nabi Muhammad SAW dan sahabat menarik minat dan perhatian penduduk Melaka. Contohnya, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi Mengajar Anaknya Fatimah, Hikayat Nur Muhammad.


Pengislaman Raja dan Golongan Bangsawan
Pengislaman pemerintah merupakan antara faktor bagi perkembangan Islam di Alam Melayu. Contohnya ialah di Melaka, apabila raja Melaka, Parameswara memeluk Islam ramai pengikut-pengukut dan rakyat jelata yang masuk Islam. Dalam masyarakat Asia Tenggara amnya, dan masyarakat Melayu khasnya terdapat konsep taat kepada pemerintah yang dikenali sebagai daulat dan derhaka.
Konsep ini timbul kesan daripada pendewaan pemerintah yang berlebih-lebihan oleh penduduk kawasan ini. Sebelum Islam, raja-raja dianggap sebagai penjelmaan atau titisan dewa-dewa. Dengan itu muncul konsep dewaraja. Walaupun konsep ini bertentangan dengan akidah Islam, akan tetapi kemudiannya ia telah membantu penyebaran Islam dengan cepat dan mudah di Asia Tenggara.Apabila raja-raja telah dapat diislamkan oleh para mubaligh atau pendakwah, maka seluruh rakyatnya ikut serta memeluk Islam, bukan kerana meereka memahami agama itu dengan mendalam tetapi semata-mata kerana taat kepada raja. Namun kemudian kelas-kelas agama diadakan untuk rakyat jelata mempelajari dengan lebih mendalam mengenai agama Islam. Kes-kes ini jelas dilihat dalam pengislaman kerajaan Melaka, Kedah dan Patani.
Sejarah Melayu mengesahkan bahawa apabila Raja Kecil Besar memeluk Islam, baginda telah diikuti oleh pembesar-pembesar dan rakyanya. Begitu juga cerita Hikayat Merong Mahawangsa tentang pengislaman Kedah dan Hikayat Patani tentang pengislaman Patani.
Apabila pemerintah memeluk Islam, kebanyakan nama mereka ditukar dan digelar sebagai sultan. Dalam proses pengislaman pemerintah saudagar-saudagar berperanan sebagai pendakwah. Saudagar-saudagar ini bukan sahaja berdagang tetapi juga menyebarkan Islam. Selalunya saudagar ini terdiri daripada orang yang kaya dan dapat menarik minat golongan pemerintah dengan kekayaan yang mereka miliki. 



Penaklukan
Penaklukan juga tidak kurang pentingnya menjadi faktor pendorong tersebarnya Islam di Nusantara ini. Apa yang dimaksudkan ialah penaklukan yang dilakukan oleh sesebuah negara Islam ke atas daerah lain. Jika daerah yang ditawan itu belum Islam maka dengan penaklukan itu para pembesarnya akan terpengaruh dengan Islam kerana motif politik, kedudukan, ekonomi dan sebagainya. Jika daerah yang ditawan itu telah Islam maka dangan penaklukan itu, Islam dapat dikembangkan dengan lebih berkesan lagi.
Kerajaan Pasai sebagaimana yang diterangkan dalam catatan Ibnu Batutah telah meluaskan kuasa politiknya ke daerah sekitarnya dengan peperangan lalu Islam tersebar di daerah tersebut.
Namun peperangan bukanlah satu cara yang digunakan untuk menyebarkan Islam seperti yang didakwa oleh Barat, meskipun ada penaklukan yang berlaku tetapi bukan dengan cara kekerasan dan paksaan.
Memang banyak peperangan yang berlaku yang embawa kepada pengislaman wilayah yang dikalahkan oleh kerajaan Islam. Sebagai contoh, penaklukan Melaka ke atas beberapa negeri telah menyebabkan negeri itu menerima Islam. Melaka semasa zaman
kekuasaan Bendahara Tun Perak telah berjaya menakluki beberapa daerah di Tanah Melayu dan Sumatera seperti Pahang, Terengganu, Patani, Kampar, Inderangiri, Rokan, Siak, Johor, Bangkalis dan lain-lain.
Oleh itu Islam tentunya dapat disebarkan dengan mudahnya di daerah jajahan takluk tersebut. Begitu juga dengan penaklukan Demak ke atas Majapahit telah mengislamkan penduduk kawasan pedalaman Pulau Jawa itu.
Kerajaan Acheh yang merupakan sebuah empayar Islam yang tersebar di abad 16 dan 17 di Asia Tenggara ini yang mempunyai jajahan takluk yang luas di Sumatera dan Tanah Melayu tentunya dapat menyebarkan Islam dengan mudah juga di daerah tanah tajahannya itu. Memangnya ada tercatit dalam sejarah Acheh bahawa kerajaan Acheh telah mengirimkan para pendakwah Islam ke daerah tanah jajahannya itu di Tanah Jawa.
Kerajaan Islam Demak juga telah menakluki daerah-daerah yang diperintah oleh kerajaan-kerajaan Hindu. Misalnya kerajaan Hindu Majapahit telah ditewaskan dan dijadikan tanah jajahan takluknya. Dengan ini maka Majapahit bertukar menjadi sebuah negara Islam.
Di samping itu seperti yang diperkatakan sebelum ini, kesetiaan rakyat Melayu (penduduk Asia Tenggara) kepada raja telah menyebabkan mereka dengan mudah memeluk Islam. Perkara ini turut jelas dapat dilihat di Jawa. Setelah Demak menawan Majapahit dan mengambil alih pemerintahan kerajaan Jawa yang teragung itu, hampir seluruh penduduk kawasan itu memeluk Islam. Golongan yang tidak mahu menerima Islam telah melarikan diri ke Bali dan kawasan-kawasan yang dikuasai oleh orang bukan Islam. Mereka memeluk Islam bukan dipaksa oleh Demak tetapi mereka mengikut agama orang yang memerintah mereka.
 Peranan Pusat Kebudayaan
Kesusasteraan juga telah menjadi saluran penting kepada penyebaran Islam di Asia Tenggara. Dengan kedatangan Islam, masyarakat di Alam Melayu sebagai bahasa perhubungan utama. Dengan adanya satu bahasa ini, kegiatan menyebarkan Islam menjadi lebih mudah dan lancar. Kedatangan Islam juga telah memperkenalkan tulisan jawi. Hal ini memudahkan para ulamak dan pendakwah mengajar tentang ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana mereka dapat menguasai tulisan jawi.
Menjelang abad ke-10 M, keadaan dunia Islam kucar-kacir. Kerajaan Abbasiyah semakin lemah menyebabkan wilayah-wilayah di bawah kuasanya mula memerdekakan diri. Peperangan untuk merebut wilayah di antara kerajaan-kerajaan kecil itu sering sahaja berlaku. Keadaan kacau-bilau dan porak peranda ini telah mengecewakan segolongan masyarakat Islam ang beranggapan bahawa kekacauan dan keadaan ini berlaku akibat daripada umat Islam yang terlalu mementingkan kebendaan masa itu. Oleh itu golongan ini telah mengasingkan diri daripada orang ramai dan hidup sebagai ahli-ahli sufi yang mengamalkan tarikat dan tasawuf.

Di zaman keagungan Melaka dan Acheh, Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar dalam system pendidikan mereka. Pelbagai bentuk sastera Arab seperti syair dan gurindam talah mempengaruhi Bahasa Melayu. Hasilnya sastera-sastera Islam telah dikembangkan melalui Bahasa Melayu dan ini sudah tentu dapat mengembangkan lagi fahaman orang-orang melayu terhadap ajaran Islam.Beberapa tokoh karyawan dan ulama luar dan tempatan telah menghasilkan karya-karya yang berunsur Islam sama ada dalam bentuk asli ataupun terjemahan dan saduran. Sebahagian besar daripada karya tersebut seperti Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Amir Hamzah dan sebagainya begitu diminati oleh orang Melayu.
Karya-karya ini mengandungi pelbagai unsur yang boleh mendekatkan kefahaman pembacannya kepada ajaran Islam itu sendiri. Bidang kesusasteraan Islam begitu pesat berkembang di Acheh sehingga melahirkan ramai tokoh satera seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri yang berhasil mengarang pelbagai jenis kitab agama. Kitab-kitab ini kemudiannya disebarkan keseluruh jajahan takluk dan hal ini sudah tentu membantu penyebaran Islam ke Alam Melayu atau Nusantara. 

Peranan Mubaligh
Pendakwahan oleh para ulama dan ahli-ahli sufi merupakan cara penyebaran Islam yang paling meluas dan berkesan. Pendakwahan ini telah dijalankan sejak abad ke-8 M lagi.
Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz (717-720 M), pengiriman pendakwah-pendakwah ke Asia Tenggara telah giat dijalankan. Beliau berjaya mengislamkan pemerintah Kerajaan Suwarnabhumi atau Melayu Jambi yang bernama Sri Indravarman. Sri Indravarman ialah seorang Maharaja Srivijaya yang namanya dikenali dalam catatan China sebagai Shih-li-t-’o-pa-mo. Pada tahun 100 H (718 M) Maharaja Srivijaya itu mengutus sepucuk surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan memohon baginda menghantar seorang ulama bagi menerangkan tentang agama Islam. Kerajaan Majapahit bertukar nama kepada Sribuza Islam kemudiannya.
Sekitar tahun 820 M, sebuah rombongan mubaligh Mazhab Syiah yang diketuai nakhoda khalifah telah sampai di Perlak. Rombongan itu telah berjaya mengislamkan pemerintah dan penduduk Perlak dan menjadikannya sebagai kesultanan Islam yang pertama di Asia Tenggara. Oleh itu pada peringkat awal ini, Islam yang tersebar di sekitar pesisir pantai utara Sumatera adalah Syiah.
Menjelang abad ke-10 M, keadaan dunia Islam kucar-kacir. Kerajaan Abbasiyah semakin lemah menyebabkan wilayah-wilayah di bawah kuasanya mula memerdekakan diri. Peperangan untuk merebut wilayah di antara kerajaan-kerajaan kecil itu sering sahaja berlaku. Keadaan kacau-bilau dan porak peranda ini telah mengecewakan segolongan masyarakat Islam ang beranggapan bahawa kekacauan dan keadaan ini berlaku akibat daripada umat Islam yang terlalu mementingkan kebendaan masa itu. Oleh itu golongan ini telah mengasingkan diri daripada orang ramai dan hidup sebagai ahli-ahli sufi yang mengamalkan tarikat dan tasawuf.
Ahli-ahli tarikat ini kemudian telah keluar dari Tanah Arab untuk menyebarkan agama Islam mengikut fahaman mereka. Merekalah yang memainkan peranan penting dalam penyebaran agama Islam pada abad ke-13 M dan selepasnya di Nusantara.
Sekitar tahun 1260-an utusan dari Makkah yang dipimpin oleh seorang ulama Sufi bernama Syeikh Ismail al-Siddiq datang untuk menyebarkan Islam di Asia Tenggara. Bersama-sama beliau ikut serta seorang ulama sufi dari Malabar India, bernama Fakir Muhammad.
Mengikut Hikayat Raja-raja Pasai dan Sejarah Melayu mereka telah menyebarkan agama di Lamburi (Acheh), Perlak dan Pasai.
Di Pasai juga telah didatangi ulama seperti Syarif Amir Sayyid al-Syirazai dan Tajuddin al-Asfahani. Selain itu para ulama yang menyebarkan Islam di Melaka boleh dikatakan semuanya terdiri daripada ahli sufi. Antaranya Syeikh Abdul Aziz, Maulana Abu Bakat dan Maulana Yusuf.
Setiap ulama sufi sampai di Asia Tenggara mengajar agama secara formal yang pada mulanya di istana-istana dan kemudian di masjid-masjid atau rumah-rumah mereka. Institusi ini kemudian telah berkembang menjadi sekolah-sekolah tersendiri yang dikenali sebagai pondok atau pensantren. Di Acheh ia dikenali sebagai dayah (yang berasal daripada perkataan zawiyah).
Dengan adanya institusi-institusi pendidikan ini membolehkan agama Islam diajar dengan lebih mendalam dan sempurna. Di samping itu, institusi ini juga telah melahirkan ulama dan ahli-ahli sufi tempatan yang kemudian menggantikan ulama luar menjalankan tugas menyebarkan agama Islam di kawasan ini.
Dalam zaman keagungan kerajaan Acheh pada abad ke-16 dan ke-17, telah lahir ulama sufi yang terkenal seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumatrani dan Abdul Rauf Singkel.
Di Jawa telah lahir ulama tasawuf yang terkenal yang dipanggil Wali Songo. Mereka adalah sembilan ulama yang terkemuka yang berperanan menyebarkan Islam di pulau itu.

Kesimpulan
Berdasarkan penjelasan di atas, jelas menunjukkan bahawa faktor-faktor ini telah membawa pengaruh yang cukup besar terhadap perkembangan Islam secara lebih pesat dan berkesan di Melaka. Antara sebab-sebabnya ialah melalui perdagangan, perkahwinan dan penaklukan. Bahkan, ia turut menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pusat-pusat perkembangan Islam yang utama di Melaka. Oleh yang demikian, kita haruslah berganding bahu dalam mempertahankan agama Islam yang telah lama bertapak di Malaysia. Sekian, terima kasih.




Lampiran


Duit Syiling Zaman Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka (1445 Masihi)



 
Penyebaran Islam Di Asia Tenggara



































Rujukan
Laman web:
1) http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/melaka-mencorak-tamadun-melayu.html

2) http://fastnote.wordpress.com/faktor-penyebaran-islam-di-nusantara/

3) http://fastnote.wordpress.com/pengaruh-islam-dalam-hukum-kanun-melaka/

4) http://studentsrepo.um.edu.my/359/4/BAB3.pdf

5) http://cikgungasri.blogspot.com/2012/03/islam-di-melaka.html

6) http://www.youtube.com/watch?v=EuBHHa02OAk

7) http://insanmukmin.blogspot.com/2011/03/bahasa-melayu-penyebaran-islam.html

8) http://kajiantempatantahun5.blogspot.com/p/unit-3.html

9) http://minatduit78.blogspot.com/2012/10/duit-syiling-peringatan-sempena_4524.html


Buku:
1) Peradaban Melayu & Islam -Dr. Ismail Hamid

2) Ikhtisar Perkembangan Islam -Dusuki Bin Haji Ahmad

3) Tamadun Islam & Tamadun Asia -Mohd Masir Ripin















1 comment:

  1. Casino Site Review: Slots & Table Games at ChoEcasino
    ChoEcasino is a well-known and well 제왕 카지노 known casino that you can try your luck at at with. If you are looking 1xbet for a reliable 카지노사이트 site, you can definitely

    ReplyDelete