PENGAJIAN
MALAYSIA
(DUB
1012)
Group
Assignment E-Folio:
Terangkan
Faktor-Faktor Perkembangan islam di zaman kesultanan melayu Melaka.
Prepared
For:
EN. FADHILI BIN
MUHAMMAD
Prepared
By:
SITI MUHAINI BINTI
MUHAMMAD
(02DKA15S1014)
RAZIANA BINTI ABDUL
RASHID
(02DKA15S1012)
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ZAMAN KESULTANAN MELAYU
MELAKA
Seawal
abad ke-15, Islam telah mula bertapak di Melaka. Sultan Megat Iskandar Shah merupakan sultan yang pertama
memeluk agama Islam. Baginda juga merupakan putera kepada Parameswara. Sejak
pada itu, Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam. Selain
itu, Islam dijadikan sebagai agama rasmi pada zaman pemerintahan Sultan
Muzaffar Shah (1446-1456). Baginda juga memperkenalkan undang-undang Islam yang
dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat beberapa faktor perkembangan
Islam di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Antaranya ialah faktor perkahwinan,
faktor perdagangan, faktor penaklukan dan politik, faktor peranan ulama' dan
ahli sufi dan lain-lain.
Isi
Sebelum kedatangan Islam di Melaka,
masyarakat Melayu mempercayai kepercayaan seperti animisme dan Hindu-Buddha
yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Kehidupan mereka penuh dengan unsur
kepercayaan tahyul dan karut seperti roh dan jiwa. Sebaliknya kedatangan Islam
telah menukar kepercayaan dan gaya hidup rakyat Melaka. Islam merupakan sebuah
agama yang sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat dalam semua zaman.
Islam adalah berteraskan aqidah, ibadah, syariah dan akhlak yang memberikan
kebahagian di dunia dan di akhirat. Ini menyebabkan agama Islam mudah diterima
dan difahami oleh seluruh masyarakat Melaka. Dalam aspek sosial, Islam
menegaskan bahawa tiada perbezaan darjat dan orang yang bertaqwa sahaja yang
mulia di sisi Allah S.W.T. Islam memberi jaminan dan keadilan sosial kepada
umatnya tanpa membezakan antara yang kaya atau miskin. Malahan Islam sentiasa
menanamkan sifat-sifat Mahmudah (terpuji) dan mengelakkan sifat-sifat Mazmumah
(tercela). Sementara dari aspek ekonomi pula, Islam mengharamkan umatnya menipu
dan melakukan riba' sebaliknya Islam mempunyai peraturan tertentu yang
berlandaskan hukum Islam seperti mu'amalat, zakat dan sebaginya. Dalam aspek
politik, Islam menggalakkan umatnya berlaku adil dan tidak mengambil rasuah
ianya akan membawa kepada kehancuran masyarakat dan negara. Keadaan ini
menyebabkan Islam mempunyai daya tarikan kuat kepada rakyat Melaka yang sebelum
ini dipengaruhi kefahaman Hindu yang kompleks dan rumit terutama sistem kasta
yang menyukarkan keadaan dalam mewujudkan perpaduan dan kerjasama antara satu
sama lain.
Di samping itu, perdagangan
merupakan salah satu aspek penting dan berkesan dalam proses mengembangkan
dakwah Islamiyyah di Kesultanan Melayu Melaka. Pedagang Arab, Parsi, India dan
Melaka telah berdagang sesama mereka sejak beberapa kurun sebelum Masihi hingga
ke zaman kedatangan Islam pada abad ke-7 dan ke-8 Masihi. Mereka telah berjaya
mengislamkan penduduk tempatan dengan mengadakan hubungan baik dengan para
pembesar tempatan dan saudagar-saudagar dari kerajaan lain seperti Perlak,
Pasai dan Aceh. Terdapat segelintir daripada pedagang-pedagang tersebut menetap
sementara untuk menyebarkan dakwah kepada rakyat Melaka. Seterusnya, Islam
mungkin tersebar di Zaman Kesultanan Melayu Melaka sejak awal abad Hijrah lagi
menurut T. W. Arnold. Kemungkinan ini berdasarkan laporan pedagang-pedagang
Arab yang telah berdagang dengan Melaka dan China. Kedudukan strategik Melaka
sebagai sebuah pelabuhan maritim yang bertaraf antarabangsa telah menggalakkan
pedagang Arab, Parsi dan India berdagang di Melaka. Sementara menunggu
perubahan angin monsun, para pedagang dari Timur dan Barat menjadikan Melaka
sebagai pusat persinggahan. Pedagang-pedagang Arab secara tidak langsung
menyebarkan dakwah Islamiyyah melalui persinggahan ini. Sebahagian mereka
menjadi guru agama dan menjadikan surau dan masjid sebagai tempat pengajian
agama. Selain itu, pelabuhan Melaka menjadi tumpuan pedagang dari Gujerat,
Palembang, Jawa dan China kerana kemudahan perdagang yang baik dan keselamatan
yang terjamin. Ini menjadikan Melaka sebagai tempat pertukaran barang-barang di
mana ianya telah menarik perhatian saudagar-saudagar Islam dari Arab dan India
untuk berdagang ke Melaka.
Tambahan pula, kekaburan agama
Hindu ialah salah satu sebab penyebaran Islam ke Melaka. Agama Hindu merupakan
satu fahaman yang amat kompleks dan sukar difahami walaupun telah tersebar ke
Melaka semenjan berabad-abad. Ajaran Hindu juga lebih mentikberatkan soal
dongeng dan dewa-dewa yang hanya difahami oleh sami-sami mereka sahaja. Keadaan
ini telah menjejaskan kepercayaan penganut-penganut agama tersebut. Sebaliknya
agama Islam adalah salah satu agama yang mudah difahami dan dapat diterima oleh
semua golongan. Hanya dengan menerima konsep ketuhanan yang esa dan Nabi
Muhammad sebagai pesuruhNya, maka keislaman seseorang itu telah diterima.
Penganut-penganut agama Islam dijelaskan dengan konsep Tuhan yang menjadikan
seluruh alam, mempunyai kekuasaan dan tidak menyerupai apa-apa benda sekalipun.
Hal ini dengan mudah menarik orang-orang Melayu menerima Islam. Jika diteliti
dengan lebih mendalam, golongan ulama' dan ahli sufi juga memainkan peranan
penting dalam perkembangan agama Islam ke Melaka. Sifat mereka yang mudah
bergaul dan beramah mesra dengan pelbagai lapisan masyarakat telah menarik
minat penduduk tempatan untuk mempelajari Islam. Sehubungan dengan itu, suasana
harmoni yang terjalin di dalam perhubungan antara ulama' dengan golongan
saudagar yang telah memeluk Islam telah menjadikan mereka berpengaruh besar.
Para ulama' berperanan penting dalam pentadbiran kerajaan-kerajaan seperti
Perlak, Samudera Pasai, Acheh, Melaka dan sebagainya. Contohnya, dalam kerajaan
Acheh, lahir ramai tokoh-tokoh ulama' yang berperanan penting dalam menyebarkan
Islam. Antaranya ialah Hamzah Fabsuri, Nuru al-Din al-Raniri, Abdul al-Rauf
Singkel dan Syams al-Din al-Sumatra. Mereka telah hasilkan banyak karya-karya
berbentuk keagamaan. Kerajaan-kerajaan Islam seperti Perlak, Pasai, Melaka dan
Acheh wujud pada abad ke-14, 15 dan 16. Penyebaran Islam menjadi semakin pesat
oleh kerana wujudnya kerajaan-kerajaan tersebut. Faktor penentangan kuasa
Kristian seperti Portugis telah membawa kepada perkembangan Islam di Melaka
dengan lebih pesat lagi.
Perkahwinan
Sehubungan
dengan itu, perkahwinan merupakan antara faktor tersebarnya Islam ke Melaka.
Ramai saudagar yang datang ke Melaka merupakan golongan kaya raya.
Sesetengahnya mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar-pembesar tempatan.
Dengan kekayaan yang ada, mereka berjaya mempengaruhi wanita-wanita tempatan
untuk dijadikan isteri. Malahan ada saudagar yang dapat berkahwin dengan
puteri-puteri dari kalangan anak pembesar terutamanya di zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Perhubungan keluarga telah memudahkan para pedagang Islam
berdakwah secara terus dengan kaum kerabat mereka sendiri. Perkahwinan ini juga
sekurang-kurangnya dapat menarik minat pembesar-pembesar tempatan untuk
menerima Islam. Biasanya apabila pembesar-pembesar menerima Islam maka
seterusnya akan diikuti gologan bawahan ataupun rakyat secara beramai-ramai.
Hasilnya bertambahlah
Selaras dengan itu, Sultan Melaka juga mempunyai peranan besar dalam perkembangan Islam di Melaka. Baginda telah menyambut baik dan menyediakan tempat tinggal kepada pendakwah di samping mengalakkan penyebaran Islam. Contohnya, dengan mewujudkan institusi agama dan menjadikan istana tempat menjalankan aktiviti Islam. Melaka mempunyai ramai tentera upahan dari Jawa. Mereka memeluk Islam semasa bertugas di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tempat asal mereka. Kemudan, Melaka mempunyai tanah jajahan taklukan yang luas. Oleh itu, kebanyakkan raja negeri taklukan Melaka memeluk Islam sebagai tanda taat setia mereka kepada Melaka dan menjamin keselamatan negeri. Kesusasteraan dan penulisan juga menjadi faktor penting tersebarnya Islam di Melaka. Selepas kedatangan Islam, muncul tulisan jawi yang berasal daripada abjad huruf Arab. Dengan adanya tulisan tersebut maka bahasa Melayu berkembang dengan pesat sekali. Nahu dan perbendaharaan bahasa Melayu dilengkapkan dengan pengaruh unsur-unsur nahu dan kata-kata Arab hingga bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar bagi sistem pelajaran dan pendidikan di Melaka. Berbagai-bagai bentuk sastera Arab seperti syair, sajak, nazam, dan sebagainya telah mempengaruhi bahasa Melayu. Akhirnya, lahir ramai tokoh pengarang Islam dalam kalangan para ulama yang gigih menghasilkan karya sastera yang berunsur Islam. Banyak karya terjemahan tentang kisah-kisah Nabi Muhammad SAW dan sahabat menarik minat dan perhatian penduduk Melaka. Contohnya, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi Mengajar Anaknya Fatimah, Hikayat Nur Muhammad.
Selaras dengan itu, Sultan Melaka juga mempunyai peranan besar dalam perkembangan Islam di Melaka. Baginda telah menyambut baik dan menyediakan tempat tinggal kepada pendakwah di samping mengalakkan penyebaran Islam. Contohnya, dengan mewujudkan institusi agama dan menjadikan istana tempat menjalankan aktiviti Islam. Melaka mempunyai ramai tentera upahan dari Jawa. Mereka memeluk Islam semasa bertugas di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tempat asal mereka. Kemudan, Melaka mempunyai tanah jajahan taklukan yang luas. Oleh itu, kebanyakkan raja negeri taklukan Melaka memeluk Islam sebagai tanda taat setia mereka kepada Melaka dan menjamin keselamatan negeri. Kesusasteraan dan penulisan juga menjadi faktor penting tersebarnya Islam di Melaka. Selepas kedatangan Islam, muncul tulisan jawi yang berasal daripada abjad huruf Arab. Dengan adanya tulisan tersebut maka bahasa Melayu berkembang dengan pesat sekali. Nahu dan perbendaharaan bahasa Melayu dilengkapkan dengan pengaruh unsur-unsur nahu dan kata-kata Arab hingga bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar bagi sistem pelajaran dan pendidikan di Melaka. Berbagai-bagai bentuk sastera Arab seperti syair, sajak, nazam, dan sebagainya telah mempengaruhi bahasa Melayu. Akhirnya, lahir ramai tokoh pengarang Islam dalam kalangan para ulama yang gigih menghasilkan karya sastera yang berunsur Islam. Banyak karya terjemahan tentang kisah-kisah Nabi Muhammad SAW dan sahabat menarik minat dan perhatian penduduk Melaka. Contohnya, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi Mengajar Anaknya Fatimah, Hikayat Nur Muhammad.
Pengislaman Raja dan
Golongan Bangsawan
Pengislaman pemerintah
merupakan antara faktor bagi perkembangan Islam di Alam Melayu. Contohnya ialah
di Melaka, apabila raja Melaka, Parameswara memeluk Islam ramai
pengikut-pengukut dan rakyat jelata yang masuk Islam. Dalam masyarakat Asia
Tenggara amnya, dan masyarakat Melayu khasnya terdapat konsep taat kepada
pemerintah yang dikenali sebagai daulat dan derhaka.
Konsep
ini timbul kesan daripada pendewaan pemerintah yang berlebih-lebihan oleh
penduduk kawasan ini. Sebelum Islam, raja-raja dianggap sebagai penjelmaan atau
titisan dewa-dewa. Dengan itu muncul konsep dewaraja. Walaupun konsep ini
bertentangan dengan akidah Islam, akan tetapi kemudiannya ia telah membantu
penyebaran Islam dengan cepat dan mudah di Asia Tenggara.Apabila raja-raja telah dapat
diislamkan oleh para mubaligh atau pendakwah, maka seluruh rakyatnya ikut serta
memeluk Islam, bukan kerana meereka memahami agama itu dengan mendalam tetapi
semata-mata kerana taat kepada raja. Namun kemudian kelas-kelas agama diadakan
untuk rakyat jelata mempelajari dengan lebih mendalam mengenai agama Islam.
Kes-kes ini jelas dilihat dalam pengislaman kerajaan Melaka, Kedah dan Patani.
Sejarah Melayu mengesahkan bahawa apabila Raja Kecil Besar memeluk
Islam, baginda telah diikuti oleh pembesar-pembesar dan rakyanya. Begitu juga
cerita Hikayat Merong Mahawangsa tentang pengislaman Kedah dan Hikayat
Patani tentang pengislaman Patani.
Apabila pemerintah memeluk
Islam, kebanyakan nama mereka ditukar dan digelar sebagai sultan. Dalam proses
pengislaman pemerintah saudagar-saudagar berperanan sebagai pendakwah.
Saudagar-saudagar ini bukan sahaja berdagang tetapi juga menyebarkan Islam.
Selalunya saudagar ini terdiri daripada orang yang kaya dan dapat menarik minat
golongan pemerintah dengan kekayaan yang mereka miliki.
Penaklukan
Penaklukan juga tidak kurang
pentingnya menjadi faktor pendorong tersebarnya Islam di Nusantara ini. Apa
yang dimaksudkan ialah penaklukan yang dilakukan oleh sesebuah negara Islam ke
atas daerah lain. Jika daerah yang ditawan itu belum Islam maka dengan
penaklukan itu para pembesarnya akan terpengaruh dengan Islam kerana motif
politik, kedudukan, ekonomi dan sebagainya. Jika daerah yang ditawan itu telah
Islam maka dangan penaklukan itu, Islam dapat dikembangkan dengan lebih
berkesan lagi.
Kerajaan Pasai sebagaimana yang
diterangkan dalam catatan Ibnu Batutah telah meluaskan kuasa politiknya ke
daerah sekitarnya dengan peperangan lalu Islam tersebar di daerah tersebut.
Namun peperangan bukanlah satu
cara yang digunakan untuk menyebarkan Islam seperti yang didakwa oleh Barat,
meskipun ada penaklukan yang berlaku tetapi bukan dengan cara kekerasan dan
paksaan.
Memang banyak peperangan yang
berlaku yang embawa kepada pengislaman wilayah yang dikalahkan oleh kerajaan
Islam. Sebagai contoh, penaklukan Melaka ke atas beberapa negeri telah
menyebabkan negeri itu menerima Islam. Melaka semasa zaman
kekuasaan
Bendahara Tun Perak telah berjaya menakluki beberapa daerah di Tanah Melayu dan
Sumatera seperti Pahang, Terengganu, Patani, Kampar, Inderangiri, Rokan, Siak,
Johor, Bangkalis dan lain-lain.
Oleh itu Islam tentunya dapat
disebarkan dengan mudahnya di daerah jajahan takluk tersebut. Begitu juga
dengan penaklukan Demak ke atas Majapahit telah mengislamkan penduduk kawasan
pedalaman Pulau Jawa itu.
Kerajaan Acheh yang merupakan
sebuah empayar Islam yang tersebar di abad 16 dan 17 di Asia Tenggara ini yang
mempunyai jajahan takluk yang luas di Sumatera dan Tanah Melayu tentunya dapat
menyebarkan Islam dengan mudah juga di daerah tanah tajahannya itu. Memangnya
ada tercatit dalam sejarah Acheh bahawa kerajaan Acheh telah mengirimkan para
pendakwah Islam ke daerah tanah jajahannya itu di Tanah Jawa.
Kerajaan Islam Demak juga telah
menakluki daerah-daerah yang diperintah oleh kerajaan-kerajaan Hindu. Misalnya
kerajaan Hindu Majapahit telah ditewaskan dan dijadikan tanah jajahan
takluknya. Dengan ini maka Majapahit bertukar menjadi sebuah negara Islam.
Di samping itu seperti yang
diperkatakan sebelum ini, kesetiaan rakyat Melayu (penduduk Asia Tenggara) kepada
raja telah menyebabkan mereka dengan mudah memeluk Islam. Perkara ini turut
jelas dapat dilihat di Jawa. Setelah Demak menawan Majapahit dan mengambil alih
pemerintahan kerajaan Jawa yang teragung itu, hampir seluruh penduduk kawasan
itu memeluk Islam. Golongan yang tidak mahu menerima Islam telah melarikan diri
ke Bali dan kawasan-kawasan yang dikuasai oleh orang bukan Islam. Mereka
memeluk Islam bukan dipaksa oleh Demak tetapi mereka mengikut agama orang yang
memerintah mereka.
Peranan Pusat Kebudayaan
Kesusasteraan juga telah
menjadi saluran penting kepada penyebaran Islam di Asia Tenggara. Dengan
kedatangan Islam, masyarakat di Alam Melayu sebagai bahasa perhubungan utama.
Dengan adanya satu bahasa ini, kegiatan menyebarkan Islam menjadi lebih mudah
dan lancar. Kedatangan Islam juga telah memperkenalkan tulisan jawi. Hal ini
memudahkan para ulamak dan pendakwah mengajar tentang ilmu yang berkaitan
dengan Islam kerana mereka dapat menguasai tulisan jawi.
Menjelang abad ke-10 M, keadaan
dunia Islam kucar-kacir. Kerajaan Abbasiyah semakin lemah menyebabkan
wilayah-wilayah di bawah kuasanya mula memerdekakan diri. Peperangan untuk
merebut wilayah di antara kerajaan-kerajaan kecil itu sering sahaja berlaku.
Keadaan kacau-bilau dan porak peranda ini telah mengecewakan segolongan
masyarakat Islam ang beranggapan bahawa kekacauan dan keadaan ini berlaku
akibat daripada umat Islam yang terlalu mementingkan kebendaan masa itu. Oleh
itu golongan ini telah mengasingkan diri daripada orang ramai dan hidup sebagai
ahli-ahli sufi yang mengamalkan tarikat dan tasawuf.
Di zaman keagungan Melaka dan
Acheh, Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar dalam system pendidikan
mereka. Pelbagai bentuk sastera Arab seperti syair dan gurindam talah
mempengaruhi Bahasa Melayu. Hasilnya sastera-sastera Islam telah dikembangkan
melalui Bahasa Melayu dan ini sudah tentu dapat mengembangkan lagi fahaman
orang-orang melayu terhadap ajaran Islam.Beberapa
tokoh karyawan dan ulama luar dan tempatan telah menghasilkan karya-karya yang
berunsur Islam sama ada dalam bentuk asli ataupun terjemahan dan saduran.
Sebahagian besar daripada karya tersebut seperti Hikayat Nabi Bercukur,
Hikayat Raja Khandak, Hikayat Amir Hamzah dan sebagainya begitu diminati
oleh orang Melayu.
Karya-karya ini mengandungi
pelbagai unsur yang boleh mendekatkan kefahaman pembacannya kepada ajaran Islam
itu sendiri. Bidang kesusasteraan Islam begitu pesat berkembang di Acheh
sehingga melahirkan ramai tokoh satera seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin
al-Raniri yang berhasil mengarang pelbagai jenis kitab agama. Kitab-kitab ini
kemudiannya disebarkan keseluruh jajahan takluk dan hal ini sudah tentu
membantu penyebaran Islam ke Alam Melayu atau Nusantara.
Peranan Mubaligh
Pendakwahan oleh para ulama dan
ahli-ahli sufi merupakan cara penyebaran Islam yang paling meluas dan berkesan.
Pendakwahan ini telah dijalankan sejak abad ke-8 M lagi.
Pada zaman Khalifah Umar bin
Abdul Aziz (717-720 M), pengiriman pendakwah-pendakwah ke Asia Tenggara telah
giat dijalankan. Beliau berjaya mengislamkan pemerintah Kerajaan Suwarnabhumi
atau Melayu Jambi yang bernama Sri Indravarman. Sri Indravarman ialah seorang
Maharaja Srivijaya yang namanya dikenali dalam catatan China sebagai Shih-li-t-’o-pa-mo.
Pada tahun 100 H (718 M) Maharaja Srivijaya itu mengutus sepucuk surat kepada
Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan memohon baginda menghantar seorang ulama bagi
menerangkan tentang agama Islam. Kerajaan Majapahit bertukar nama kepada
Sribuza Islam kemudiannya.
Sekitar tahun 820 M, sebuah
rombongan mubaligh Mazhab Syiah yang diketuai nakhoda khalifah telah sampai di
Perlak. Rombongan itu telah berjaya mengislamkan pemerintah dan penduduk Perlak
dan menjadikannya sebagai kesultanan Islam yang pertama di Asia Tenggara. Oleh
itu pada peringkat awal ini, Islam yang tersebar di sekitar pesisir pantai
utara Sumatera adalah Syiah.
Menjelang abad ke-10 M, keadaan
dunia Islam kucar-kacir. Kerajaan Abbasiyah semakin lemah menyebabkan
wilayah-wilayah di bawah kuasanya mula memerdekakan diri. Peperangan untuk
merebut wilayah di antara kerajaan-kerajaan kecil itu sering sahaja berlaku.
Keadaan kacau-bilau dan porak peranda ini telah mengecewakan segolongan
masyarakat Islam ang beranggapan bahawa kekacauan dan keadaan ini berlaku
akibat daripada umat Islam yang terlalu mementingkan kebendaan masa itu. Oleh
itu golongan ini telah mengasingkan diri daripada orang ramai dan hidup sebagai
ahli-ahli sufi yang mengamalkan tarikat dan tasawuf.
Ahli-ahli
tarikat ini kemudian telah keluar dari Tanah Arab untuk menyebarkan agama Islam
mengikut fahaman mereka. Merekalah yang memainkan peranan penting dalam penyebaran
agama Islam pada abad ke-13 M dan selepasnya di Nusantara.
Sekitar tahun 1260-an utusan
dari Makkah yang dipimpin oleh seorang ulama Sufi bernama Syeikh Ismail
al-Siddiq datang untuk menyebarkan Islam di Asia Tenggara. Bersama-sama beliau
ikut serta seorang ulama sufi dari Malabar India, bernama Fakir Muhammad.
Mengikut Hikayat Raja-raja
Pasai dan Sejarah Melayu mereka telah menyebarkan agama di Lamburi
(Acheh), Perlak dan Pasai.
Di Pasai juga telah didatangi
ulama seperti Syarif Amir Sayyid al-Syirazai dan Tajuddin al-Asfahani. Selain
itu para ulama yang menyebarkan Islam di Melaka boleh dikatakan semuanya
terdiri daripada ahli sufi. Antaranya Syeikh Abdul Aziz, Maulana Abu Bakat dan
Maulana Yusuf.
Setiap ulama sufi sampai di
Asia Tenggara mengajar agama secara formal yang pada mulanya di istana-istana
dan kemudian di masjid-masjid atau rumah-rumah mereka. Institusi ini kemudian
telah berkembang menjadi sekolah-sekolah tersendiri yang dikenali sebagai
pondok atau pensantren. Di Acheh ia dikenali sebagai dayah (yang berasal
daripada perkataan zawiyah).
Dengan adanya
institusi-institusi pendidikan ini membolehkan agama Islam diajar dengan lebih
mendalam dan sempurna. Di samping itu, institusi ini juga telah melahirkan
ulama dan ahli-ahli sufi tempatan yang kemudian menggantikan ulama luar
menjalankan tugas menyebarkan agama Islam di kawasan ini.
Dalam zaman keagungan kerajaan
Acheh pada abad ke-16 dan ke-17, telah lahir ulama sufi yang terkenal seperti
Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumatrani dan Abdul Rauf Singkel.
Di Jawa telah lahir ulama
tasawuf yang terkenal yang dipanggil Wali Songo. Mereka adalah sembilan ulama
yang terkemuka yang berperanan menyebarkan Islam di pulau itu.
Kesimpulan
Berdasarkan penjelasan di atas, jelas menunjukkan bahawa faktor-faktor ini telah membawa pengaruh yang cukup besar terhadap perkembangan Islam secara lebih pesat dan berkesan di Melaka. Antara sebab-sebabnya ialah melalui perdagangan, perkahwinan dan penaklukan. Bahkan, ia turut menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pusat-pusat perkembangan Islam yang utama di Melaka. Oleh yang demikian, kita haruslah berganding bahu dalam mempertahankan agama Islam yang telah lama bertapak di Malaysia. Sekian, terima kasih.
Lampiran
Duit Syiling Zaman Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka (1445 Masihi) |
Penyebaran Islam Di Asia Tenggara |
Rujukan
Laman
web:
1)
http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/melaka-mencorak-tamadun-melayu.html
2) http://fastnote.wordpress.com/faktor-penyebaran-islam-di-nusantara/
3) http://fastnote.wordpress.com/pengaruh-islam-dalam-hukum-kanun-melaka/
4) http://studentsrepo.um.edu.my/359/4/BAB3.pdf
5) http://cikgungasri.blogspot.com/2012/03/islam-di-melaka.html
6) http://www.youtube.com/watch?v=EuBHHa02OAk
7) http://insanmukmin.blogspot.com/2011/03/bahasa-melayu-penyebaran-islam.html
8) http://kajiantempatantahun5.blogspot.com/p/unit-3.html
9)
http://minatduit78.blogspot.com/2012/10/duit-syiling-peringatan-sempena_4524.html
Buku:
1) Peradaban Melayu & Islam -Dr. Ismail Hamid
2) Ikhtisar Perkembangan Islam -Dusuki Bin Haji Ahmad
3) Tamadun Islam & Tamadun Asia -Mohd Masir Ripin
Casino Site Review: Slots & Table Games at ChoEcasino
ReplyDeleteChoEcasino is a well-known and well 제왕 카지노 known casino that you can try your luck at at with. If you are looking 1xbet for a reliable 카지노사이트 site, you can definitely